..:::CINTA:::..

Cinta itu mainan kata
Tertera dimulut terpadam dihati
lakaran dikertas tak bermakna
Cinta itu bisa rasanya
Terhanyut pergi membuai masa
Berkait cinta bersulam rindu

Setiap hari bagai setahun

Tak dapat tertahan rindu dihati
Cinta itu bukan semuanya benar
Kata dimulut sentiasa terungkap
Mutiara cinta terhanyut lalu

Cinta itu bukan sempurna

Ada juga cacat celanya
Walau ia rasa bahagia
Hanya dimata bukan dihati

Cinta itu tak pernah berjaga

Penuh dengan penipuan
Penuh dengan kesengsaraan
Membuat insan tercari-cari


Cinta sejati tak pernah wujud


Akan tetapi

Cinta itu bak sepoi angin
Sekali lalu terasa sentiasa
Cinta itu bak mawar merah

Walaupun layu masih berbau harum

Cinta itu tiada penghujungnya
Hanya KASIH mengatasi segalanya
Kerana cinta pernah tewas pada KASIH
-----------------------------------------------------------------------------------------------

D@R! $! T!NT@
~~M!$$_R@!N~~(^,^)

0 comments:

Template by:
Free Blog Templates