~~WhAt iS RaiNtOwN??~~

~~RAINTOWN~~

Raintown ???
apekah???
ok2... lets story mory k...
raintown sebenarnya ialah sebuah bandar...
yea... bandar hujan...
raintown terletak di MALAYSIA

apekah??~~

nape x caya?? atau mmg anda x tahu lgsg pasal raintown???
raintown means bandar hujan..
of cz la bandar yang selalu hujan...
tapi dimanakah letaknya raintown ini??
raintown terletak di perak...
Perak utara...iaitu TAIPING

hah... x caya??

percayalah...

ini fakta yang tak dapat diubah...
Taiping jugak TOP 5 world tempat paling banyak ujan..
wow... org malaysia x tahu pasal keunikan negara sendiri...
tapi masih sibuk nak amik tau pasal hal luar negara...
Taiping juga dikenali sebagai bandar warisan..

malahan...

MUZIUM Taiping merupakan muzium pertama di MALAYSIA
Penubuhan muzium pertama oleh British selepas Perjanjian Pangkor 1874.
kalau korang rasa ni auta... sila lah KLIK KAT SINI
anda pernah ke datang ke muzium ini??
Muzium pertama di Tanah Melayu
pelajari lah sejarah2 Malaysia...
sebelum nk membanggakan negara org lain..
malahan keunikan taiping... amat sangat "pelik"

pelik??
dari segi pandangan sayew....taiping amat pelik dan unik

sebab??
bukan sebab saya dok kat taiping...
tapi mmg hakikat yang x dapat disangkal..
nnt korang tgk gambar ekk...

Tempat2 Menarik di Taiping
  • BUKIT LARUT
  • HUTAN PAYA BAKAU
  • MUZIUM PERAK
  • TAMAN TASEK
  • ZOO TAIPING/NIGHT SAFARI
  • KOTA NGAH IBRAHIM

BUKIT LARUT



Pemandangan kawasan Bandar Taiping dari puncak Bukit Larut.


Cendana Cafe menyediakan pelbagai jenis makanan untuk sarapan, makan tengahari dan makan malam. Jika dilihat dari jauh, ia seolah-olah terapung diawangan. Cuaca yang agak dingin menyebabkan Cafe ini tidak pernah lengang dari pengunjung untuk merehatkan minda pada hujung minggu.


Bukit Larut dahulunya dikenali dengan nama 'Maxwell Hill' sempena nama Residen British di Negeri Perak. Ianya dibuka dalam tabun 1884 sebagai tempat untuk beristirehat khas bagi pembesar-pembesar Inggeris. Dengan ketinggian 1,250 meter dari paras laut dan suhu di antara 15 hingga 28 darjah cekcius, ia amat sesuai untuk dijadikan tempat beristirehat. Sebelum jalan tar yang dibina dalam tahun 1948, pihak British menggunakan 'Pony Back' (Kuda padi) dan 'Sedan Chair' (Kerusi Pengusung) sebagai pengangkutan untuk ke puncak bukit. Perjalanan ke puncak buki tmangambil masa lebih kurang 30 minit dalam jarak kira-kira 13 kilometer dengan menaiki 'Land Rover'. Perjalanan ke puncak bukit amat mencabar kerana melalui 72 selekoh tajam. Kebanyakan pengunjung warga Inggeris yang datang pernah menyamakan Bukit Larut sebagai Switzerland musim bunga. Pejabat Peranginan Bukit Larut adalah agensi yang menguruskan segala kemudahan seperti menyediakan 'Land Rover' untuk membawa pengunjung naik dan turun bukit mengikut jadual dengan tambang yang berpatutan. Bangunan Pejabat Peranginan Bukit Larut asalnya adalah tiga (3) unit rumah kakitangan dan kemudiannya diubahsuai pada penghujung tahun 1996 untuk dijadikan pejabat.

**rain copy paste cerita seorang makhluk allah yg pernah datang ke bukit larut
"Bukit Larut, ada cerita yang agak lawak untuk diceritakan tentang tempat ini. Setelah lebih setahun aku berada di sini, barulah aku mengetahui kewujudannya. Kalau sebelum itu, hanya pantai (Pantai Remis) dan Taman Tasek Taiping sahaja tempatku meluangkan masa bersama rakan-rakan, kini mungkin Bukit Larut adalah tempat pilihan.

Terletak hanya kira-kira 3km dari Bandar Taiping, hanya mengambil masa kira-kira 10minit perjalanan menaiki kereta dari stesen bas Taiping. Idea untuk mendaki bukit ini timbul apabila seorang rakan yang senasib denganku (baru mengetahui kewujudannya walaupun dah bertahun-tahun di Taiping) teringin untuk melihat-lihat apa sebenarnya yang ada di atas sana. Seawal pagi kami sudah bersedia untuk menawan bukit ini. Barulah aku tahu bahawa untuk mendaki bukit ini, tiada kenderaan persendirian dibenarkan, berbeza dengan pengalaman memandu menaiki curam di Gunung Jerai, Kedah. Di sini disediakan Jip untuk membawa penumpang dengan harga tambang RM2 sehala (sekarang RM3).

Perjalanan mengambil masa kira-kira setengah jam untuk sampai ke puncak dengan keadaan jalan yang tiada bezanya seperti ular dipalu. Pening diatas Jip terubat apabila telah sampai di puncak bukit yang ketinggiannya dianggarkan 1350meter dari aras laut. Dari sini, dapat dilihat dengan jelas seluruh kawasan Bandar Taiping dan kawasan-kawasan sekitarnya sehinggalah ke Kuala Sepetang.
Apa yang lebih menarik, di puncak bukit ini terdapat banglo dan challet yang disewakan kepada pengunjung dengan harga terendah RM120/ malam. Cendana Hut adalah salah satu banglo yang menyediakan tempat bermalam, bagi sesiapa yang menginginkan suasana dingin waktu malam, dan juga sebuah Cafe yang seolah-olah terapung di awangan yang dipanggil Cendana Cafe disebelahnya. Sesuatu yang mungkin aku sendiri agak hairan ialah suhu dipuncak bukit agak nyaman, kira-kira 16 - 24darjah celsius pada waktu pagi.
Pada bahagian kedua, aku menjelajah lebih jauh. Pernahkah anda terfikir bahawa bunga Tulip juga ditanam di Malaysia? Di sini ianya bukan dongengan... "




HUTAN PAYA BAKAU


Hutan Paya Bakau Merupakan Hutan Bakau Yang Terbesar di ASIA..
Pokok2 bakau ini juga akan dijadikan arang...
Pokok Bakau ini Juga dibawa ke kilang arang menggunakan aliran sungai..
Lawatan ke Hutan dan kilang arang dibenarkan.

Kuala Sepetang pula menjadi pusat aktiviti perikanan yang dinamik dan berkedudukan istimewa di muara Sungai Sepetang dan di kawasan Hutan Paya Laut Matang. Kuala Sepetang dan Hutan Paya Laut Matang, tidak asing bagi pencinta alam di dalam dan luar negara.

Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang yang terletak di Kuala Sepetang menjadi destinasi yang amat popular di kalangan kumpulan ini dan juga golongan pelajar yang menggunakan kemudahan perkhemahan di sini. Hutan Paya Laut Matang pula destinasi utama eko pelancongan negeri Perak malah ia juga tersenarai dalam Pelan Eko Pelancongan Kebangsaan. Lawatan pelancong dan pengunjung luar tertumpu kepada Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang, kilang dapur arang dan aktiviti menyusuri sungai.

Kuala Sepetang juga signifikan dari segi sejarah iaitu Port Weld yang dulunya sebuah pelabuhan terawal dan memiliki landasan keretapi pertama di negara ini yang enghubungi Port Weld dengan Taiping. Prospek Matang dan Kuala Sepetang sebagai pusat pelancongan adalah tinggi kerana terdapat begitu banyak sumber menarik yang boleh diketengahkan di kedua-dua tempat ini.

Bagaimanapun sumber-sumber yang ada sehingga ini masih belum dibangunkan secara bersepadu dan juga tidak disokong dengan kemudahan dan perhubungan mahupun publisiti yang sewajarnya. Ada peninggalan sejarah di Matang yang tidak dipelihara dengan baik dan ada kesan sejarah yang berkaitan dengan Port Weld juga kian hilang. Ini satu isu utama dalam pembangunan Matang dan Kuala Sepetang.

Pemeliharaan ikan dalam sangkar berkembang pesat di atas kawasan pembangunan yang terhad disebabkan oleh kedudukannya di tengah-tengah hutan paya laut. Pencerobohan hutan paya laut sudah berlaku dan akan terus berlaku jika tidak dikawal sewajarnya. Pembangunan yang tidak terkawal akan mengancam hutan paya laut yang menyokong aktiviti perikanannya. Akhirnya akan terjejas sekiranya keadaan sedemikian dibiarkan berlarutan.

Sementara keadaan penempatan yang sesak dan tidak teratur menyukarkan penyediaan kemudahan dan sistem perkhidmatan yang berkesan. Mengambil peluang daripada prospek dan menangani isu yang ada, perancangan yang khusus perlu dibuat bagi Matang dan Kuala Sepetang.

Dengan itu satu Rancangan Kawasan Khas (RKK) Matang Kuala Sepetang 2015 disediakan sebagai satu pelan tindakan bagi membangunkan Matang dan Kuala Sepetang. RKK ini
disediakan dengan kerjasama Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Perak dan Majlis Perbandaran
Taiping.

RKK ini seharusnya dijadikan panduan dan rujukan bagi Majlis Perbandaran Taiping selaku Pihak Berkuasa Perancang Tempatan dan agensi-agensi pelaksana dalam membangunkan dan menguruskan kawasan Matang dan Kuala Sepetang. Rancangan Kawasan Khas adalah merupakan satu rancangan statutori yang disediakan di bawah Akta
Perancangan Bandar dan Desa 1976, Akta 172. Akta ini memperuntukkan supaya RKK mengandungi cadangan-cadangan tindakan khusus yang terperinci bagi tujuan memajukan, memajukan semula, memperelokkan, memulihara atau bagi tujuan pengurusan kawasan berkenaan.

RKK Matang Kuala Sepetang menganjurkan supaya pembangunan bagi kawasan Matang dan Kuala Sepetang bertemakan Desa Pelancongan Warisan. Wawasan utamanya untuk menjadikan Matang dan Kuala Sepetang sebagai kawasan desa pelancongan warisan yang berdaya maju selaras dengan Wawasan Perak Maju 2015. Dalam merangka rancangan ini beberapa perkara menjadi asas pertimbangan;
• Pengekalan alam semulajadi, tumbuh-tumbuhan dan keadaan persekitaran.
• Penekanan kepada elemen pelancongan, reka bentuk perbandaran, landskap dan rekreasi.
• Pemeliharaan bangunan warisan dan kesan-kesan sejarah yang hampir hilang


MUZIUM PERAK




Muzium Perak, Taiping merupakan antara institusi muzium yang terawal dibina di Asia Tenggara dan yang pertama di Malaysia. Bagi pihak pentadbiran Inggeris penubuhan sebuah muzium sangat penting sebagai pusat pengumpulan dan penyelidikan adat resam dan budaya masyarakat tempatan melalui 'Material Culture' yang memudahkan pihak Inggeris mengenali dan memahami sosio -budaya masyarakat di negara ini. Oleh sebab itu bagunan muzium merupakan antara bangunan yang terawal dibina selain daripada bangunan pentadbiran lain. Muzium Perak telah mula dibina pada tahun 1883 dan siap pada tahun 1886. Struktur bangunan muzium ini bercirikan senibina Inggeris Neo-classical. Senibina banguan muzium ini menjadi daya tarikan pelawat dari dalam dan luar negara. Sebahagian bahan koleksi etnologi, sejarah, alam semulajadi, arkeologi, etamobologi dan buku-buku diklasifikasikan sebagai koleksi nadir (rare) berusia lebih seratus tahun.

Idea penubuhan muzium ini dicetuskan oleh Sir Hugh Low, residen British ketiga Negeri Perak ketika itu yang mengarahkan Leonard Wray Juniors, seorang ahli botani, geologi dan Penguasa Taman Bukit Larut untuk mengumpul pelbagai koleksi terutama spesimen zoologi, herbarium, etnologi masyarakat Melayu dan Orang Asli. Kerja-kerja pembinaan muzium dimulakan pada tahun 1883 hingga 1886, hanya banguna utama dapat disiapkan. Bangunan ini dilengkapi dengan ruang pejabat, perpustakaan dan galeri pameran. Leonard Wray Juniors telah dilantik sebagai Kurator Muzium Perak yang pertama (1883-1904). Fasa seterusnya bermula pada tahun 1889 dengan pembinaan serambi hadapan dan belakang. Pada tahun 1891 hingga 1893, sebuah lagi ruang pameran telah dibina di sebelah barat bangunan ini. Oleh kerana jumlah koleksi semakin bertambah maka pihak Inggeris telah membina sebuah bangunan tambahan dua tingkat pada tahun 1900 dan siap sepenuhnya pada tahun 1903.




TAMAN TASEK





Kawasan ini telah dibangunkan pada tahun 1880 sebagai sebuah Taman Tasik Taiping dan ianya adalah taman tasik yang tertua dan tercantik di Malaysia. Permandangannya sungguh indah sekali kerana ianya berhadapan dengan Bukit Larut. Selain daripada taman bunga, terdapat juga kawasan permainan kanak-kanak serta berhampiran dengan Zoo Taiping. Taman Tasik Taiping sangat dikenali dengan permandangan pokok-pokok besar yang merentasi jalan menghala ke tasik. Setiap hari terutama pada waktu pagi dan petang, taman tasik ini digunakan sebagai tempat beriadah samada untuk berjogging, bersenam, berkelah dan bermain. Pada hari Sabtu dan Ahad atau Cuti Am, taman tasik ini sering dikunjungi oleh orang ramai samada dari Taiping mahupun dari luar Taiping. Suasana malam di taman tasik sungguh indah dan mengagumkan dengan hiasan lampu yang berwarna-warni. Walaupun suasana malam menyelubungi taman tasik tersebut masih ramai lagi pengunjung yang ada mahupun yang baru datang.




ZOO TAIPING



ZOO TAPING merupakan zoo pertama di MALAYSIA yg buat nite safari...

Entrance Fees:
Adults: RM16.00
Children (3 -12 years) : RM10.00
Video Camera: Free of charge

Opening hours:
8.00 to 11.00 p.m (Open every night including Public Holidays)
8.00 to 12.00 midnight (On Saturday nights and eve of Public Holidays)

Admittedly I have no experience in touring night safari in any zoo, Taiping Zoo Night Safari indeed gave me an unexpected surprise for its moonlight soft lighting and open concept displays for many noctural fauna. In my opinion, Taiping Zoo is one of the best zoos in the SEA region.

Instead of following mini train, I decided to spend 2 to 3 hours walking around the zoo with a small headlight and indulged oneself in the peaceful and transquil natural setting.

Although Taiping Zoo is currently has more than 180 species of animals and 1,300 individuals, some of them are non-noctural animals like orang utan which is totally out of sight at night. Maybe less than one third of animals and birds keep in the zoo are noctural species. A daytime visit is still recommended to complement night safari tour.

The rule said torchlights and flash cameras are not allowed in the Night Safari, but minimum usage of flash light is still permitted.

My bold suggestion is Taiping Zoo shall rent out night vision gadgets to adventurous toursits. Why not? It’s perfect experience by using night vision google in the night safari, but mine ones bought from the black market was damaged beyond repair due to my own careless.

No words and pictures can describe the night safari experience, you have to visit yourself.




KOTA NGAH IBRAHIM


Kota Ngah Ibrahim or Ngah Ibrahim's Fort is a Malay fortress in Matang, Perak. It belonged to Ngah Ibrahim, the Mantri of Larut, and son of Long Jaafar, the person who founded tin in Bukit Gantang in Klian Pauh which led to the establishment of the town of Taiping. Originally, Kota Ngah Ibrahim was simply a residence. However, Ngah Ibrahim had to build a fortress around it after violent gang warfare between the Hai San and the Ghee Hin secret societies over mining lands.
Ngah Ibrahim was one of the Malay chieftains found guilty for the murder of the first British Resident of Perak, James Wheeler Woodford Birch. This house was where the 1877 trial of the main perpetrator, Dato' Maharajalela and his follower Si Puntum, was conducted, and they were sentenced to death. Other Malay Chieftains including Sultan Abdullah, Datuk Syahbandar Uda Maamor, NgahIbrahim himself and his father-in-law Mohamad Amin were sent into exile in Seychelles. Sultan Abdullah was given a pardon by the British 16 years later, and he returned to Perak to spend the remainder of his life in Kuala Kangsar. The appeals by Ngah Ibrahim, his father-in-law and Uda Maamoor to return to Perak were rejected by the British. They were sent to Sarawak and then to Singapore. Ngah Ibrahim never got to return to Perak for all his natural life. He died in Singapore on 4 February, 1887.

Kota Ngah Ibrahim once served as the country's first teachers' training college, called Matang College, before the premises moved to Tanjung Malim and became known as the Sultan Idris Training College. During the Japanese Occupation, it was used as the headquarters of the Japanese army. Today it serves as the Matang Historical Complex.

Update 2007
On 5 September 2006, the remains of Ngah Ibrahim was discovered at the Pusara Al-Junied in Singapore. The remains of his father-in-law Laksamana Mohamad Amin Alang was also discovered in Singapore, at Pusara Aman in Choa Chu Kang. Archaeologists from the National Heritage Department of Malaysia, working with Warees Investment, a subsidiary of the Islamic Religious Council of Singapore, cooperated in exhuming the remains. Ngah Ibrahim's remains was brought back to be buried at Kota Ngah Ibrahim while Mohamad Amin's was interred at the Al-Ghufran Royal Perak Mausoleum in Bukit Chandan, next to the grave of Sultan Abdullah. The remains of Uda Maamor has not yet been found, at time of writing.

**ada yang di copy paste.... harap maklum...


D@R! $! T!NT@
~~M!$$_R@!N~~(^,^")

;;

Template by:
Free Blog Templates