..:::REALITI:::..


Semalam bukan mimpi

Semalam bukan impian
Semalam bukan fantasi
Tetapi semalam ialah realiti
Realiti datang tidak diundang
Realiti tidak akan kembali jika diundang
Realiti tidak akan pergi walau diusir
Realiti itu mendahului segalanya
Walau realiti itu pedih
Ia tetap penyeri hidup
Biar realiti itu datang
Jangan cuba lari dari realiti
Orang berani akan hadapi realiti
Pengecut jua lari berkejaran
Realiti itu bukan ciptaan insan
Realiti itu bukan permainan perasaan
Realiti itu takdir Ilahi
Tidak dapat diubah
Tidak dapat ditukar ganti
Realiti itu penyelamat hidup
Ada hikmah disebalik REALITI..

D@R! $! T!NTA
~~M!$$_R@!N~~(^,^")

..:::CINTA:::..

Cinta itu mainan kata
Tertera dimulut terpadam dihati
lakaran dikertas tak bermakna
Cinta itu bisa rasanya
Terhanyut pergi membuai masa
Berkait cinta bersulam rindu

Setiap hari bagai setahun

Tak dapat tertahan rindu dihati
Cinta itu bukan semuanya benar
Kata dimulut sentiasa terungkap
Mutiara cinta terhanyut lalu

Cinta itu bukan sempurna

Ada juga cacat celanya
Walau ia rasa bahagia
Hanya dimata bukan dihati

Cinta itu tak pernah berjaga

Penuh dengan penipuan
Penuh dengan kesengsaraan
Membuat insan tercari-cari


Cinta sejati tak pernah wujud


Akan tetapi

Cinta itu bak sepoi angin
Sekali lalu terasa sentiasa
Cinta itu bak mawar merah

Walaupun layu masih berbau harum

Cinta itu tiada penghujungnya
Hanya KASIH mengatasi segalanya
Kerana cinta pernah tewas pada KASIH
-----------------------------------------------------------------------------------------------

D@R! $! T!NT@
~~M!$$_R@!N~~(^,^)

;;

Template by:
Free Blog Templates